Alohaa! Selamat Datang ya! Di sini terdapat pelbagai maklumat yang boleh membuat anda rasa bangang insaf meroyan dan pastinya membuat anda terngangaa di depan komputer! Jangan lupa untuk like FB Page kami dan tinggalkan komen. Sebarang cadangan sila tinggalkan di ShoutBox. Terima Kasih sudi melawat! Check out. . .

Tuesday, April 23, 2013

Sajak Untuk Nabi Muhammad S.A.W Daripada Maharaja China


Percaya atau tidak, seorang maharaja yang dianggap antara yang teragung pernah memerintah Tanah Besar China pernah menulis sajak puji-pujian kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw sembilan abad yang lampau.

Maharaja yang dikenali sebagai Maharaja Hongwu(1328-1398) adalah pengasas kepada Dinasti Ming yang mendominasi Tanah Besar China selama 276 tahun. Maharaja Hongwu terkenal sebagai maharaja yang bertolenrasi terhadap agama terutama agama Islam.

"Simo Hayha", Lagenda Sniper Terhebat Di Dunia





Diantara sniper-sniper legenda terhebat di dunia, Simo Hayha merupakan salah seorang sniper yang paling berjaya. Namanya mungkin tidak terkenal seperti sniper Soviet Union iaitu Vasily Zaitsev yang kisahnya diabadikan dalam filem “Enemy at The Gates”.

Namun Simo Hayha merupakan pahlawan Finland yang gigih dan tidak mudah menyerah dalam menghadapi penjajahan besar-besaran Tentera Soviet (Red Army) terhadap negaranya.

Ted Bundy, Kisah Seorang Pembunuh Yang Kacak



Dia mempunyai perwatakan menarik dan bijak yang didakwa mampu memikat golongan wanita. Tetapi, di sebalik wajah kacaknya, lelaki dikenali sebagai Ted Bundy ini sebenarnya adalah seorang penculik, perogol, pembunuh bersiri yang pernah menggemparkan Amerika Syarikat (AS) pada era 1970-an.

Pemilik nama sebenar Theodore Robert Cowell ini dilahirkan pada 24 November 1946 di Elizabeth Lund Home di Burlington. Vermont. Dia dibesarkan di rumah datuk dan neneknya di Philadelphia.

Pada 1951, Bundy berpindah ke Tacoma, Washington selepa ibunya, Louise Cowell berkahwin dengan seorang tukang masak Johnny Culpepper Bundy.

Walaupun terpaksa berhadapan dengan tanggapan negatif masyarakat pada masa itu berikutan statusnya sebagai anak tidak sah taraf, Bundy membesar sebagai seorang remaja yang baik dan sering mendapat keputusan cemerlang di sekolah.

"Terracotta Warriors", Misteri Pahlawan Makam Dinasti Qin


Pada tahun 1974, seorang petani telah menemui makam Maharaja Qin, satu daripada tinggalan arkeologi terhebat semasa menggali perigi berhampiran Gunung Li di wilayah Shaanxi, China. Maharaja Qin Shi Huang yang mangkat pada tahun 210 SM dikebumikan bersama rombongan misteri tentera terracotta (terracotta warriors).

Semenjak itu, para ahli arkeologi telah menghabiskan 40 tahun lalu dan mendedahkan secara terperinci patung pahlawan bersaiz sebenar dari lubang seluas 22 batu persegi (57 kilometer persegi).

Perkahwinan Paling Mahal Di Dunia


Diantara perkahwinan yang dinobatkan majlis perkahwinan paling mahal di dunia setakat ini. Status hebat itu dimiliki bukan setakat kerabat di raja dan bukannya rakyat negara maju sebaliknya dari dunia ketiga. 

Perkahwinan Seemanto dan Sushanta Roy
RM386 Juta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...