Mungkin aiskrim or apa2 saja yg sedap dan menyedapkan!
Tapi hal ini lain bagi seorang budak pelik atau malang ini yg ketagih memakan ubat nyamuk yg kita gunakan sebagai racun buat halau nyamuk tuh!
Adik yang bernama Abdillah Syarif atau Adit ini sangat obses dan ketagih
makan ubat nyamuk! Tak kisah dari jenama apa pun. Adit juga mampu menghabiskan sekotak ubat nyamuk dalam masa sehari!!
makan ubat nyamuk! Tak kisah dari jenama apa pun. Adit juga mampu menghabiskan sekotak ubat nyamuk dalam masa sehari!!
Keluarga Abdillah atau Adit yang berasal dari Polewali Mandar, Sulawesi Barat, mengatakan yang mereka sudah berusaha untuk menghentikan tabiat buruk anaknya itu tetapi usahanya itu bukan saja tidak berhasil, malah,ketagihan anaknya itu kepada ubat nyamuk semakin bertambah.
Tabiat pelik Adit menyebabkan anak keempat pasangan Syarifuddin dan Nurlina itu menjadi terkenal di desanya di Sabang Subik, Indonesia.
Adit mula suka memakan ubat nyamuk ketika berusia lapan bulan. Pada mulanya, Adit yang belum pandai berjalan ketika itu,mendekati ubat nyamuk dan tiba-tiba memakannya.
“Enak dan manis,” ujar budak itu ketika memakan ubat nyamuk.
“Dulu ketika hamilkan Adit, saya memang gemar mencium asap ubat nyamuk dan mungkin ia menurun kepada anak saya,” ibu Adit cuba memerikan konklusi.
Menurut doktor pakar , Sih Harjo Boko, Adit telah menghidapi penyakit pica, iaitu kelainan keadaan pola makanan pada kanak-kanak.
Penyakit itu adalah disebabkan kekurangan zat besi dalam diri kanak-kanak dan penyakit itu mampu untuk dipulihkan, akan tetapi ianya bergantung kepada keprihatinan ibu bapa Adit menjaga dan memantau pemakanan anaknya.
No comments:
Post a Comment