Alohaa! Selamat Datang ya! Di sini terdapat pelbagai maklumat yang boleh membuat anda rasa bangang insaf meroyan dan pastinya membuat anda terngangaa di depan komputer! Jangan lupa untuk like FB Page kami dan tinggalkan komen. Sebarang cadangan sila tinggalkan di ShoutBox. Terima Kasih sudi melawat! Check out. . .

Saturday, February 23, 2013

Jadi Hamba dengan RM7

Kisah ini adalah pengalaman dari Ata' . . .

      Diceritakan bahawa pada suatu hari ketika Ata' pergi ke pasar dan secara kebetulan Ata' telah singgah di tempat orang menjual hamba. Dari kebanyakan hamba yang dijual di situ, ada seorang hamba wanita yang dijual dengan harga yang sangat murah. Hamba jariah itu hanya bernilai 7 dinar sahaja.

Menurut tuan kedai, wanita itu gila. Oleh sebab itu harganya sangat murah.
Ata' berasa tertarik kerana harganya yang sangat murah. Lalu Ata' mengeluarkan wang dan wanita jariah itu dibelinya.

Di waktu malam, semua orang pun masuk tidur termasuklah Ata' dan wanita 'gila' itu. Tetapi apabila masuk separuh malam, wanita itu telah bangun dari tidur dan bergerak ke bilik air. Pergerakan wanita itu telah diketahui Ata'. Maka Ata' merasa curiga dan mula mengintai wanita itu diam-diam. Tanpa disangka wanita itu mengambil wudhuk lalu mengadap kiblat dan melakukan solat sebanyak-banyaknya. Selesai sembahyang, wanita itu terus duduk dan berdoa kepada ALLAH s.w.t.

"Wahai Tuhanku, dengan kecintaanMu kepadaku, maka berilah aku rahmat"

kata wanita itu dalam sebahagian dari doanya dalam keadaan menangis teresak-esak sehingga titisan air matanya yang jatuh boleh didengari oleh Ata'. Dari susunan doanya, Ata' percaya bahawa wanita itu betul-betul gila.

Lalu Ata' menghampirinya lalu berkata, "Wahai jariah! Janganlah berkata begitu tapi katakanlah "Wahai Tuhanku, demi kecintaaku kepada-Mu"". Ata' cuba menegur wanita itu.

Wanita itu sangat terkejut dengan kemunculan tuannya dengan tiba-tiba kerana dia tidak inginkan dirinya diketahui oleh sesiapa.

"Pergilah engkau daripadaku wahai pahlawan!" kata wanita itu dengan tegas.

"Demi ALLAH, sekiranya Dia tidak mencintai aku, maka Dia tidak menidurkan engkau dan membangunkan aku."kata wanita itu lagi.

Ata' makin merasa pelik dengan hamba yang baru dibelinya itu.

Kemudia wanita itu jatuh tersungkur sambil berkata:

"Gundah gulana bertimbun-timbun sedangkan hati terbakar. Kesabaran berpecah sedangkan air mata terus memancar. Bagaimanakah tempat tinggal orang yang tidak punya rumah? Apa yang dapat dipetik oleh cinta rindu dan ragu"

Kemudian wanita itu memekik sekuat-kuatnya,

"Wahai Tuhanku! Perjanjian antaraku denganMu adalah sulit. Tapi sekarang telah ada manusia yang mengetahuinya. Oleh kerana itu, sebaiknya Engkau ambil baliklah aku ke hadratMu"

Wanita itu terus menangis kerana perasaan takut kepada ALLAH sehingga dia wafat.

Kemudian Ata' sedar wanita yang baru dibelinya itu bukanlah orang gila tetapi sebaliknya tergolong dalam muqarrabin iaitu orang yang takut dan dekat dengan ALLAH, tapi merahsiakan keadaan dirinya.
HUWALLAHU ALAM. . .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...